Contohi kejayaan SK Ulu Lubai

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Ketika pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama dahulu, ada sesetengah pihak yang skeptikal bahawa hanya sekolah yang mempunyai infrastruktur canggih, terletak di bandar dan mempunyai reputasi besar sahaja layak untuk status tersebut. Persepsi negatif itu kini terbukti tidak tepat apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang terletak di pedalaman Limbang, Sarawak diiktiraf sebagai salah satu daripada 23 SBT kohort kedua yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari lalu. Pemilihan SK Ulu Lubai membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur dan lokasi memang memberi satu kelebihan tetapi bukan jaminan untuk mencapai kecemerlangan apatah lagi menerima status SBT. 

Faktor utama ialah kecekapan pihak pentadbiran sesebuah sekolah dalam mengurus sumber manusia dan aset lain yang ada dengan berkesan. Bukan menjadikan sebarang kekurangan sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri dalam melonjakkan prestasi sekolah. Buktinya, tidak semua sekolah berasrama penuh (SBP) berstatus SBT. Banyak lagi SBP yang belum layak dinobat SBT walaupun infrastrukturnya serba lengkap dan pelajarnya adalah yang terbaik. Kepada pentadbir SBP yang belum tersenarai dalam 43 SBT sedia ada, peluang masih terbuka luas. Buat kajian dan belajar dengan yang terbilang. Jadikan pencapaian SK Ulu Lubai sebagai pembakar semangat dan penanda aras. Contohi amalan terbaik sekolah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing. Tambahan pula, amalan terbaik SK Ulu Lubai diiktiraf dunia melalui dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel serta Kerajaan Malaysia. Hasil amalan terbaik ini, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Ulu Lubai amat cemerlang iaitu lulus 100 peratus sejak 2006 hingga kini, menjadikannya sekolah terbaik di Sarawak. Pada tahun lalu, sekolah ini menduduki tempat pertama dalam penarafan sekolah kebangsaan, melonjak dari tempat ke-54 pada tahun 2009. Hakikatnya, jika kepimpinan sekolah cemerlang dan guru-gurunya komited maka kejayaan pasti berada dalam genggaman seperti yang dibuktikan oleh SK Ulu Lubai. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh itu, pentadbir sekolah kategori luar bandar dan pedalaman, mulakan gerak kerja untuk bersaing dan mencipta sejarah gemilang. Sesungguhnya keupayaan menjadi pemenang dalam keadaaan yang terbatas dengan banyak kekangan adalah lebih manis berbanding kejayaan yang dicapai oleh sekolah yang lengkap serba-serbi. Apa pun bersaing biarlah secara sihat. Kekosongan untuk SBT juga masih banyak. Ada 57 slot untuk diisi bagi mencapai sasaran 100 SBT pada 2012 selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

This entry was posted in Berita semasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s