Pelajar berdepan saat cemas


FELDA PADANG PIOL – Seramai 250 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Padang Piol berdepan saat mencemaskan apabila salah sebuah bangunan utama sekolah itu terbakar, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan kebakaran dipercayai bermula di di kelas pertama tingkat dua yang turut menempatkan bilik suis utama. Empat daripada 12 kelas di bangunan itu terbakar dan terjejas teruk, namun Sinar Harian difahamkan ketika kejadian kesemua pelajar sedang mengikuti aktiviti sukan.

Pengetua SMK Felda Padang Piol, Roslan Mohd Ali berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di sekolah berkenaan, namun beliau bersama pentadbiran sekolah bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Menurutnya, bangunan itu menempatkan kelas untuk pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima, namun ketika kejadian, tiada seorang pelajar pun berada di dalam kelas kerana masing-masing mengikuti aktiviti sukan di padang sekolah.

“Sewaktu kejadian, pelajar sudah berada di tepi padang, cuma ketika itu ada satu kumpulan rumah sukan yang berehat di ruang terbuka bahagian bawah bangunan terbabit. “Saya bersyukur dengan tindakan pantas guru dan kakitangan sekolah yang bertindak mengikut prosedur kecemasan ditetapkan tanpa panik. Mereka berjaya menghimpunkan kesemua pelajar di padang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Roslan berkata, kejadian itu juga menyebabkan kesemua aktiviti terhenti seketika bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin dan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Menurutnya, pada masa sama, kerani sekolah bertindak pantas menghubungi bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bantuan.

(Sinar Harian 24/2/2011)

This entry was posted in Berita semasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s