Ganjaran guru besar bulan depan

Oleh Amirullah Andi Nur
2011/03/01 (Berita Harian)

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sijil anugerah diterima Lee Siew Khing dari SJK Ming Wok, Kanowit pada majlis penyampaian di Merlimau, semalam. - Foto Izhari Ariffin
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sijil anugerah diterima Lee Siew Khing dari SJK Ming Wok, Kanowit pada majlis penyampaian di Merlimau, semalam. – Foto Izhari Ariffin

Pendidik cemerlang diiktiraf

MERLIMAU: Seperti dijanjikan, 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan. Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900. Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis penyampaian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, semalam. Beliau mengumumkan ganjaran diberi kepada pengetua dan guru sekolah menengah selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan bulan depan. “Pencapaian sebenar di luar jangkaan kerana sasaran awal pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran bagi penilaian 2010 adalah dua peratus. Peningkatan antara lain disebabkan peningkatan kualiti kepemimpinan dan tahap pengajaran serta pembelajaran guru

“Berdasarkan verifikasi, guru sekolah yang memenuhi semua kriteria untuk menerima ganjaran adalah 7.7 peratus, bertambah lebih 300 peratus berbanding sasaran awal,” katanya yang turut merasmikan sekolah bernilai RM28 juta itu.
Anugerah Tawaran Baru adalah satu inisiatif yang diperkenalkan kerajaan pada awal tahun ini di bawah NKRA Pendidikan bagi memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Daripada 586 sekolah terpilih, 437 atau 74.32 peratus adalah sekolah luar bandar, selain Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli, SK Khas dan Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Muhyiddin berkata, sekolah dalam kelompok pertengahan atau gagal menepati sasaran skor komposit 84 peratus atau mengalami lonjakan dari aspek kedudukan tidak akan diabaikan.

 

This entry was posted in Berita semasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s