Satu sesi perkasa sekolah rendah

Oleh Syuhada Choo Abdullah
2011/03/01(Berita Harian)
Pengisian seperti di SBP beri peluang murid dapat pendidikan berkualiti.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sekolah satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang dengan pengisian jadual waktu yang berkualiti secara optimum mampu memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) menjadi model sekolah berasrama penuh (SBP) ala harian. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata tidak mustahil SK menjadi pilihan atau rebutan untuk kemasukan kerana murid bukan saja berpeluang menikmati pengisian pendidikan seperti SBP, malah pada masa sama dapat memelihara ikatan kekeluargaan kerana tidak perlu berenggang. Sambil menjelaskan waktu persekolahan sedemikian sudah dilaksanakan pada peringkat pendidikan menengah di negara maju seperti England, beliau berkata, Kementerian Pelajaran perlu mula membuat perancangan dan persediaan ke arah itu.Katanya, pelaksanaan itu membabitkan peningkatan kos tetapi kerajaan perlu melabur untuk menjana generasi pelapis menjadi sumber manusia yang berkualiti dalam jangka panjang.

“Pengisian berkualiti memberi ruang saksama terutama kepada murid yang tidak mampu mengikuti tuisyen, untuk mendapat bimbingan tambahan melalui jadual waktu petang. “Keselamatan murid juga terjamin berbanding mereka berkeliaran selepas waktu persekolahan tamat awal sehingga mudah terjebak dengan gejala sosial. “Ibu bapa tidak perlu bimbang walaupun bekerja kerana anak lebih terkawal dan terbimbing di sekolah. “Banyak kegiatan baik boleh disusun pada sebelah petang termasuk riadah, sukan, kokurikulum, program kerohanian seperti sembahyang berjemaah serta aktiviti kemahiran seperti komputer, ucapan umum dan debat,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyaran kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tiada beban kerja berlebihan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ketika dihubungi berkata cadangan itu memerlukan kajian mendalam kerana membabitkan pelbagai aspek. “Begitu juga untuk melaksanakan sepenuhnya sekolah satu sesi di seluruh negara, banyak perkara perlu diteliti, terutama dari segi peruntukan dan tapak tanah bagi membina lebih banyak sekolah,” katanya. Sementara itu, Ketua Pusat Penilaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Subahan Mohd Meerah, berkata kajian terperinci harus dilakukan tetapi pelaksanaan secara rintis di sekolah tertentu wajar untuk mengenal pasti implikasinya.

This entry was posted in Berita semasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s