Apa nak jadi? Apa dah jadi?

WM ingin berkongsi info dari KRT Sungai Isap Damai.

Petikan sepenuhnya…

Terdapat lebih 30 kejadian pecah rumah telah dilaporkan kepada Biro Keselamatan KRT. Sebahagian daripadanya dilaporkan kepada pihak polis  dan selebihnya tidak berbuat demikian.. Selain dari wang ringgit antara barang yang dilaporkan hilang adalah telefon bimbit, komputer riba, modem wifi, barang kemas   dan barang-barang berharga lain. Hampir semua kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 12 tengahari dan 7 malam dan 12 malam. Kejadian terkini adalah pada 28 september2011 dimana  3 buah rumah dipecah masuk. Pencuri dipercayai menggunakan alat seperti gergaji, tukul, screw driver dan kuku kambing untuk memecah masuk. Penduduk SID dinasihatkan lebih berhati-hati untuk menjaga keselamatan dan membuat laporan kepada polis atau pun Biro Keselamatan KRT jika terlihat individu yang tidak dikenali serta mencurigakan di kawasan masing-masing.

Hasil risikan dan siasatan Biro Keselamatan SID dan dengan bantuan pihak polis terdapat 4 kumpulan yang sedang aktif melakukan kerja jenayah di perkampungan ini:

1.  Kumpulan yang diketuai oleh seorang murid yang dibuang sekolah berumur  15 tahun. Dianggotai kanak-kanak berusia antara 7 hingga 15 tahun. Kebanyakanya menjadi tentera semut yang bertugas bagi mendapatkan maklumat dan lokasi sasaran. Kebanyakannya mencuri basikal. Terdapat juga ahlinya yang mencuri motosikal dan pecah rumah. Kebanyakannya adalah anak penduduk SID yang terbiar.  3 anggotanya telah ditangkap di lorong SID40  pada 26  september semasa menjalankan operasi.

2.   Kumpulan pecahan yang diketuai oleh seorang murid tahun 6 berusia 12 tahun. Ahlinya berusia antara 7 hingga 12 tahun. Kesemuanya bersekolah di sekolah berhampiran SID. Pihak sekolah telah dimaklumkan dan lebih ramai identiti ahli kumpulan ini terdedah. Kepakaran dalam mencuri basikal dan menyelinap masuk ke rumah yang tidak di kunci. Dilaporkan pernah mencuri gelang berharga RM 6 ribu. Menggunaka rumah kosong disekitar SID sebagai bengkel meleraikan komponen basikal. Antaranya dilorong 31, lorong 32, lorong 37 dan belakang lorong 19 iaitu dibawah pencawang letrik. Kebanyakan anak penduduk SID.

3.   Kumpulan dewasa berumur antara 20 hingga 30 tahun. Kepakaran dalam pecah rumah. Beroperasi disebelah pagi dan awal malam. Disyaki mendapat maklumat berkenaan sasaran daripada sumber dalaman. Penduduk luar SID. Menggunakan tukul , gergaji, screw driver dan kuku kambing untuk memecah masuk. Seorang daripadanya telang ditangkap dilorong  8 jam 11 pagi tetapi terlepas dan melarikan diri menghala Taman Ukhuwah. Suspek berkenaan berkulit hitam dan rendah. Memakai selepang untuk menyembunyikan peralatan curi dan hasil curiannya. Mengaku masuk seawal 6 pagi ke perkampongan ini dan bersembunyi, hanya memulakan operasinya bila line clear.

4.   Kumpulan bermotosikal. Bergerak secara berkumpulan. Melakukan operasi walaupun ditempat terbuka. Sangat berani. Menggunakan screw driver sebagai alat pecah rumah. Berumur antara 15 hingga 19 tahun.

BERITA TERKINI..1 OKT 2011, 11 PAGI , KETUA KUMPULAN 1 DAN 2 BESERTA BEBERAPA AHLINYA TELAH DITANGKAP DALAM OPERASI POLIS.

SEORANG ANGGOTA KUMPULAN 3   TELAH DINALPASTI….

(Baca dan renungkan…apa nak jadi dengan anak bangsa kita…dan dimanakah tanggungjawab ibubapa sebenarnya?…)

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s