AlFatihah. Semuga rohnya di cucuri rahmat..

Sekali lagi warga SK Sungai Isap Murni di kejutkan dengan kehilangan pelajar dan bekas pelajar dalam kejadian mati lemas semasa perkelahan keluarga di Pantai Sepat. Pengurusan dan seluruh warga sekolah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga kedua arwah itu. Al Fatihah.

Petikan akbar Utusan Malaysia 23/01/2012: 

SEORANG lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa bertungkus-lumus memberi bantuan kecemasan kepada kanak-kanak yang lemas di Pantai Sepat, Kuantan, semalam

KUANTAN 22 Jan. – Kegembiraan satu keluarga meluangkan masa dengan mandi-manda di Pantai Sepat di sini sempena cuti hujung minggu dan Tahun Baru Cina, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas.

Mereka yang meninggal dunia merupakan adik- beradik tiri iaitu Mohd. Saiful Mohd., 13, dan Mohd. Zaiful Abu Talib, 11.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, seorang lagi daripada mereka yang terselamat dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala tiga lagi dirawat di wad pesakit luar.

Menceritakan kejadian malang itu, ibu mangsa, Zaleha Abd. Ghani, 42, berkata, mereka sekeluarga yang berasal dari Sungai Isap di sini, datang ke pantai itu untuk mandi-manda.

“Kesemua enam anak saya mandi di pantai tersebut. Sedang asyik mandi, tiba-tiba mereka dipukul ombak menyebabkan tiga daripadanya lemas.

“Saya cuba tarik mereka tetapi hanya seorang sahaja dapat diselamatkan. Dua lagi dapat dibawa ke darat oleh orang ramai tetapi meninggal dunia akibat sesak nafas manakala yang lain dapat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di HTAA, di sini malam ini.

Zaleha dalam nada sebak berharap tragedi di Pantai Sepat itu tidak berulang dan menimpa keluarga lain.

“Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan pengawasan di pantai ini,” katanya.

Sementara itu, jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Mahathir Ali yang kebetulan melalui kawasan tragedi untuk ke rumah rakannya di Pekan, mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku apabila melihat orang ramai berkerumun.

“Ketika saya sampai, orang ramai sedang memberi bantuan kecemasan kepada seorang kanak-kanak yang lemas di gigi air.

“Saya kemudian diberitahu ada seorang lagi mangsa terdampar di kawasan rumput tidak jauh dari situ yang menunggu untuk dibawa ke hospital.

“Secara tiba-tiba juga orang ramai menjerit melihat seorang lagi mangsa terapung di air dan mereka bergegas untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mahathir, selang beberapa minit pula, dia melihat seorang lagi mangsa lain didukung oleh orang awam naik ke pesisir pantai.

Katanya, kebanyakan mangsa dibawa ke hospital menggunakan kereta orang ramai di kawasan itu sebelum pasukan bomba dan polis tiba di lokasi kejadian pukul kira-kira pukul 6.15 petang

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to AlFatihah. Semuga rohnya di cucuri rahmat..

  1. nizam says:

    assalam walau pun kisah ni dah lama berlaku… sy cuma nak ulas sedikit.. kadang-kadang kita ingan kita membantu mangsa, tetapi sebenarnya TIDAK… cuba lihak cara responder diatas… semangan beliau ingan memberi CPR baguS tapi malangnya SALAH… jantung kita disebelah kiri bukan kanan… jadi saya mohon semua warga Malaysia berlajarlah Asas Bantuan Kecemasan

    P/s mana2 persatuan atau penduduk yang ingin berlajar Asas Bantuan Kecemasan boleh hubungi saya.. nizamahmad71@jmail (j di tukar ke g)

    semuga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga insyallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s