Aluan Guru Besar

SK SUNGAI ISAP MURNI, 25150 KUANTAN.
…………………………………………………………………………………………………

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah Laman Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SK Sungai Isap Murni.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada PIBG sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan.

Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.

“MENJANA INSAN BERKUALITI”

 Salam Ikhlas daripada:

Puan Azizah Binti Salleh
azizah@sksimurni.zzn.com
(Guru Besar SK Sungai Isap Murni)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s