Lencana Sekolah


 1.    BULATAN

  • Mengambil tafsiran pepatah melayu,” bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh     muafakat “. Permuafakatan  antara organisasi pentadbiran sekolah dengan komuniti setempat menjadi  asas pengurusan pendidikan yang berkesan.
  • Warna biru sebagai simbol  perpaduan, kerjasama dan toleransi diperlukan untuk mencapai kegemilangan sekolah.
  • Warna kuning pada sekolah bermaksud “ sekolah itu mulia”. Kemuliaan itu diterjemahkan sebagai keutamaan sewajarnya diberikan kepada keperluan sekolah untuk mencapai visi dan misi.

2.    KANDUNGAN (BULATAN)

  • Warna putih dan hitam adalah bendera negeri Pahang, sekolah ini terletak di negeri Pahang Darul Makmur.
  • Putih lambing kesucian dan kemurnian cita-cita untuk mendakap pencapaian yang cemerlang seperti dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Negara.
  • Hitam menggambarkan jati diri dan iltizam pengurusan sekolah dan komuniti setempat berkongsi impian untuk mencapai kegemilangan sekolah.
  • Bulan bintang lambing Islam sebagai agama rasmi negara. Bintang menggambarkan 16 negeri di Malaysia.
  • Bukaan buku ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu akan melahirkan insan berintelektual, berwawasan dan menjana insan  berkualiti.
  • Lima gelung memberi makna:
  1. Pendidikan tidak hanya memberi keutamaan kecemerlangan di bidang akademik sahaja tetapi pencapaian kokurikulum juga menjadi teras ke peringkat yang lebih tinggi.
  2. Mengukuhkan jati diri dan sifat bertanggungjawab dengan mengamalkan  Prinsip Rukunnegara.
  3. Melahirkan insan berilmu, beriman dan bertakwa melalui penghayatan Rukun  Islam.

3.     MOTO: MENJANA INSAN BERKUALITI

  • Melahirkan murid yang bernilai, berilmu dan berkualiti berguna untuk keluarga, komuniti, bangsa, agama dan negara.
  • Merah melambangkan jati diri yang berani, bertanggungjawab dan intergriti sebagai prinsip hidup.
  • Putih memberi makna bahawa murid mempunyai disiplin bersih, bersifat mulia, sahsiah murni dan bertanggungjawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s